www.kelateku.com

WHO : Kemungkinan Besar Makanan Punca Penyebaran Covid-19

Menurut penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama dengan China kemungkinan COVID-19 ini merebak melalui rantaian produk makanan / sejuk beku.

Hal ini kerana virus dikatakan boleh survive di dalam makanan sejuk beku, tetapi masih tidak dapat dibuktikann jika ia dapat transmit dari makanan kepada manusia. Lagipun sangat tidak mungkin virus ini bermula dari kemalangan makmal. 

Pakar juga mengemuka beberapa cadangan untuk penyelidikan akan datang iaitu membangunkan pangkalan data maklumat yang menyeluruh, melakukan penyelidikan retrospektif dan sistematik lebih lanjut mengenai kes-kes terdahulu dan kemungkinan penyebar virus, serta menganalisis faktor rantaian sejuk beku yang mungkin mencetus dan menularkan penyakit. 

China percaya penyelidikan bersama akan memainkan peranan positif untuk memupuk kerjasama global, dalam mengesan asal usul COVID-19, kata jurucakap Kementerian Luar China.

Sumber: Berita Harian

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com