www.kelateku.com

UNIKNYA LOGHAT KELANTAN YANG PATUT KITA TAHU


.
Bahasa Kelantan memang unik. Orang Kelantan memang ada sangat banyak kata ganti nama diri sendiri.

Aku, kawe, ambo, kito, ore, sayo.

Itu antaranya. Penggunaan pula berbeza berdasarkan situasi, tempat dan dengan siapa dia berhadapan.

‘Aku’ hanya untuk kawan baik dan lama. Agak kasar guna aku/mung pada kawan yang baru kenal dan tak rapat sebenarnya. Orang luar selalu salah guna part ni. Baru kenal dah ber’aku’/mung. Sedikit biadab sebenarnya.

“Bangatlah nate. Aku lewat doh ning! Mung gak kalu bersiap kaloh pengantin. 4 je tok siak lagi. Nate apo la.”

Penggunaan ‘nate’ (binatang) pun hanya untuk yang rapat sahaja. Kau baru kenal nak bergurau cakap ‘nate’ memang boleh pecah muka. Haha.

‘Kawe’ biasanya untuk kawan baru jumpa atau ganti nama diri yang lebih sopan. Jika segan dan hormat dengan kawan tu, ‘kawe’ digunakan walau dah lama kenal.

Bila seseorang membahasakan diri sendiri dengan kata ganti nama ‘kawe’, dia kena guna kata ganti diri ‘demo’ kepada lawannya.

“Kawe beraso male ni Kelate mene lawe JDT. Demo raso lagu mano?”

‘Ambo’ pula untuk lebih beradab. Biasa digunakan oleh orang-orang tua. Bercakap dengan besan contohnya. Hendak merisik ke.

“Ambo mari ni bowok hajat besar. Anok jate ambo tu gelepar doh nok nikoh. Tengok anok daro Pok Ku gak, habih selaluh sabun jambe tuh. Tak leh lok doh ambo raso Pok Ku weh. Parop modal pesen ni. Tok cekat nok beli sabun doh ore rumoh ambo.”

‘Kito’ dengan ‘ore’ pula kata ganti nama yang biasa digunakan dengan orang tua atau ibu bapa sendiri. Sebagai tanda hormat dan santun.

“Mok. Kito raso nok bbining doh ni. Tok leh tebeng doh dok sore ni. Pecoh sokmo batal golek.”

“Ayoh. Ore mintak maaf. Ore ssilap bubuh gare dalam air ayoh. Ingat gulo, ruponya gare. Ttukar ayoh weh mugo ralit main wosak masa kuca air takdih.”

‘Sayo’ pula untuk majlis formal atau bercakap dengan guru, pegawai, doktor dan seumpamanya.

“Doktor. Sayo rasa mato sayo ini ada masaloh. Nak-nak kali check baki dale bank gak, berair sokmo mato ni.”

Ha. Itulah dia serba sedikit berkenaan dengan kata ganti nama bagi Ore Kelate. Yang nak cari pasangan Ore Kelate, eloklah hadam dulu bab asas ni.

Jangan depan bakal mak mertua kau pergi salah cakap macam dengan kawan baik pula.

“Nate mok cik. Bakpo bubuh banyok nasik dale pingge aku nih? Ingat aku gajoh ko make banyok lagunimo nah?”

Kau cakap gitu, bukan takat tak boleh jadi menantu. Silap-silap lesung batu tu dalam perut nanti.

Kredit : Mohd Fadli Salleh

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com