www.kelateku.com

Ujibakat Mencari ‘Faces’

‘FACES’ merujuk kepada ikon atau lebih tepat selebriti media sosial yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut samada di Youtube, Facebook mahupun Instagram.

Ujibakat ini bakal memilih dan mengetengahkan ‘faces’ yang terpilih menjadi ‘jurucakap’ dan promoter kepada Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).

OBJEKTIF

  1. Memilih individu di kalangan belia Kelantan yang berketerampilan dan bersahsiah ‘MBI’ untuk menjadi ikon dan selebriti media sosial,
  2. Membentuk dan melahirkan pengacara dan wartawan lapangan yang berpengaruh seiring dengan trend generasi muda hari ini, dan
  3. Menjadi jurucakap dan promoter kepada UPKN dan Kerajaan Negeri dalam segenap hal.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT UJIBAKAT

Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 10.00 pagi sehingga 4.00 petang
Tempat : Restoran Baloh Jembal, Lorong Sri Madani, 15200
Kota Bharu, Kelantan
(https://goo.gl/maps/p9UTiFaRZZTYJk5x7)

SYARAT-SYARAT UJIBAKAT

  1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan
  2. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan menetap atau bermastautin di Kelantan
  3. Berumur di antara 18 sehingga 30 tahun
  4. Fasih bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris. Bahasa-bahasa lain adalah satu kelebihan
  5. Berminat dan berkebolehan di dalam bidang pengacaraan dan penyiaran
  6. Berketerampilan dan berperwatakan menarik dan selari dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’
  7. Mempunyai akaun media sosial
  8. Calon yang berminat perlu membawa portfolio berkaitan

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Penyelaras Ujibakat Mencari ‘Faces‘ di talian 01110718407 (En. Mohamad Zaki Mustafa)

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com