www.kelateku.com

TIPS BERSIHKAN RUMAH YANG SANGAT BERKESAN

Dalam artikel ini kami ingin berkongsi tips untuk membersihkan rumah yang sangat berkesan dan lebih tahan lama. Hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah anda seperti air panas, cuka, garam, lemon dan lain-lain akan menghasilkan rumah anda seperti syurga.

1. Untuk kilatkan lantai rumah
  • Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.
2. Mewangikan rumah
  • Untuk mewangikan rumah anda dalam tempoh yang lama anda harus mencampurkan softener dengan cuka. Kemudian spray bahan yang telah dicampurkan di tempat yang dibuat daripada fabrik seperti langsir dan sofa. Bau wangi itu pasti akan tahan lama.

3. Menyegarkan bilik air

  • Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam penyembur dan semburkan campuran itu di sekitar bilik air.

4. Supaya habuk tidak mudah melekat di perabot

  • Lap perabot-perabot menggunakan softener pakaian dengan kadar 1:10 iaitu 1 penutup softener dengan 10 cawan air.
5. Hilangkan kotoran sinki 'stainless steel'
  • Potong lemon menjadi dua kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi kemudian bilas dengan air panas.

Kredit: Dekorasi Idamanku

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com