www.kelateku.com

Terima kasih Abang Grab kerana memudahkan urusan orang Kota Bharu.

Jika kita keluar ke Kota Bharu pasti kita akan terserempak dengan Abang Grab Food  yang lengkap dengan bag di belakang motor mereka sedang berkerja untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Setelah menerima pesanan anda melalui aplikasi yang di sediakan oleh syarikat penghantaran Abang Grab Food akan segera ke kedai mengambil pesanan yang telah siap di bungkus dan mereka akan terus menghantar pesanan itu secepat mungkin kepada pelanggan.

Kita sebagai pelanggan hanya perlu menunggu dengan sabar di rumah. Tanpa berbuat apa-apa makanan yang kita pesan akan muncul di depan pagar rumah. Sebagai seorang pelanggan yang budiman kita akan memudahkan kerja  Abang Grab Food dengan tidak membuat mereka tertunggu-tunggu di depan pagar, kerana mereka berusaha untuk menghantar pesanan pelanggan yang lain pula.

Masa penghantaran yang munasabah tidak membuatkan kita tertunggu-tunggu untuk makan. Kadang-kadang  keadaan cuaca menyukarkan penghantaran dan masa penghantaran jika cuaca tidak baik akan sedikit lewat,  janganlah pula kita sebagai pelanggan memberi  tekanan kepada mereka agar menghantar pesanan kita segera ketika hujan lebat. Abang Grab mungkin berdepan dengan bahaya kerana jarak penglihatan akan terganggu.

Semoga kita menghargai mereka dan mereka akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kita. Kami di Kelateku mendoakan agar Abang Grab Food sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih Abang Grab Food.

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com