www.kelateku.com

Siakap Tomyam Padu Ala Restoran Thai

Kali ini kami ingin berkongsi resipi masakan yang dikongsikan oleh Puan Noor Hafiza Mohamad di Facebook peribadi beliau. 

Menu Ikan Siakap Tomyam ni memang pilihan terbaik bila kekeringan idea untuk prepare banyak menu hidangan. Sebab hanya cukup dengan satu hidangan ini saja dah lengkap ada protein, sayur dan buah.

Tambah pula dari segi rasa juga cukup lengkap dengan masam, manis dan pedas. Jadi, jom lah kita cuba.

Bahan-bahan :

Bahan A

1 ekor ikan siakap
4 batang serai – hiris
1/2 inchi lengkuas – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 akar ketumbar – ketuk
Air secukupnya

Bahan B
2 sb pes tomyam

Bahan C
Sedikit Sos Ikan
1@2 kiun ayam
1 sb gula/gula perang/gula thai

Bahan D
Bawang holland
Tomato
Kubis
Bunga kubis
Daun limau purut
Cili
Daun Ketumbar
Limau nipis

 

Cara Memasak :

1. Masukkan semua Bahan A ke dalam kuali. Separuh  serai sumbat dalam ikan bagi membangkitkan rasa dan aroma wangi serai. Didihkan dengan api sederhana

2. Masukkan Bahan B : 2 sudu besar pes tomyam, kacau2. Tutup periuk dalam 5 minit.

3. Masukkan Bahan C : Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai

4. Dah mendidih, masukkan Bahan D : sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

5. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

Sedia untuk di hidang!

Sumber : Noor Hafiza Mohamad

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com