www.kelateku.com

Semak Arah Kiblat, Matahari Berada Tepat Atas Kaabah

Pada 28hb mei setiap tahun, kita boleh buat semakan kiblat sendiri. Ini kerana kedudukan Matahari akan tepat berada di atas Kaabah.

Oleh yang demikian, petang ini jam 5.16 kita boleh lakukannya bersama-sama ya. Syaratnya di kawasan kalian ada matahari.

Caranya :

 

 

1. Pilih tempat yang tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari.

2. Pacak satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia berdiri tegak (90°).

3. Pada tepat jam 5.16 petang, bayang akan terhasil daripada tiang tersebut. Terus tentukan arah bayang tersebut.

4. Arah kiblat anda adalah arah bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.

5. Selain dari menggunakan tiang tegak yang dipacak, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini.

6. Jika terlepas tarikh hari ini, ada satu lagi tarikh yang kalian boleh semak. Tarikhnya ialah 16hb Julai dan waktunya ialah 5.28 petang.

Oleh Khairul Hakimin Muhammad,
Bismillah.

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com