www.kelateku.com

Selamat Luqman Hakim Shamsudin

 Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah menjadi milik pasukan dari Belgium, KV Kortrijk. Luqman Hakim Shamsudin anak jati Kelantan telah menempa nama di peringkat antarabangsa dalam mengharumkan nama negara. Luqman Hakim Shamsudin merupakan penyerang bagi squad bola sepak Malaysia.

Luqman berjaya menjadi anak Malaysia pertama bermain di liga divisyen satu di Eropah dan mewakili antara kelab utama di Belgium

Sebagai rekod, Luqman sebelum ini ditawarkan kontrak untuk bermain dengan pasukan itu pada September lalu dan akan menyertai kelab itu pada bulan Mac apabila usianya genap 18 tahun.

Apa-apapun tahniah buat Luqman Hakim atas kejayaan anda!!!!

[Via: Kelateku]

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com