www.kelateku.com

RESEPI BEBOLA BEGERDIL AYAM

Hai dan assalamualaikum korang..

Asyik dengar tauhu bergedil dan tauhu berlauk je kan? Sekali sekala kita tukar angin cuba benda baru pula kan…Apa kata kita cuba resepi baru? kalini kami ingin berkongsi sesuatu yang korang wajib try.. Pernah dengar bebola bergedil ayam? Meh kita cuba...

Bahan-Bahan
  • 6-7 biji kentang yang dipotong dadu
  • Garam, lada sulah
  • Isi ayam kisar
  • Daun sup
  • Lada merah
  • Bawang merah
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur

Cara- Cara

  1. Goreng 6-7 biji kentang yg dah dipotong dadu.. 
  2. Lenyek2 kan dlm mangkuk.
  3. Masukkan sdikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sbijik telur dan bawang goreng.
  4. Gaulkan semua bahan-bahan
  5. Bulat-bulatkan mcm meatball.
  6. Simpan dlm bekas & masukan dlm peti sejuk skejap (1/2jam) sebelum goreng
  7. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk.
  8. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi pastu boleh mula goreng

Alhamdulillah , dah siap

Untuk pengetahuan semua, bebola bergerdil ini lebih enak jika dimakan dengan soto atau lada kicap. Jika di makan begitu sahaja pun sedap.

 

SELAMAT MENCUBA!!!
Kredit: har ryea

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com