www.kelateku.com

Putu Halba @ Putu Piring

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & TamilnaduIndia. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras.[perlu rujukan] Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

[Via: Wikipedia, Kelateku]

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com