www.kelateku.com

Pesanan Cinta Dari Ustazah Asma Untuk Semua Wanita

Sedikit pesanan cinta daripada Ustazah Asma kepada semua kaum muslimah. Diharapkan kaum wanita di luar sana mengambil pesanan ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas untuk memperbaiki diri masing-masing.

Pastikan "bersuci" sebelum berwudhuk

  • Wanita sebelum berwudhu’ pastikan bersuci dahulu. Ini kerana wanita mempunyai 3 air kotor iaitu air mani, air mazi yang berlaku ketika terangsang dan air wadi atau keputihan yang berlaku ketika kepenatan ataupun apabila mengangkat objek berat. Ramai wanita yang terlepas pandang benda tersebut yang mana menyebabkan solat mereka tidak sah disisi Allah SWT.

Bersabar dengan ujian

  • Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya.

Cuci "makeup" sebersih-bersihnya

  • Kaum wanita mesti membersihkan mekap sebersih-bersihnya sebelum berwudhu. Pastikan bedak atau foundation yang dipakai di muka betul-betul hilang. Apabila siap berwudhu ambil tisu kesat di muka untuk memastikan tiada kesan yang tertinggal.

Baca doa sebelum berwudhuk

  • Baca doa selepas berwudhu’ akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.

Menutup aurat dengan sempurna

  • Wanita…cuba sedaya upaya untuk menutup aurat dengan sempurna apabila hendak keluar dari rumah.

Semoga kita semua menjadi wanita solehah perhiasan terindah dunia dan ketua bidadari di syurga kelak…Amin.

Kredit: Mazni Mary

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com