www.kelateku.com

Perkongsian pemuda selepas sembuh dari Covid-19

Sejak kes pertama Covid-19 di catatkan di Malaysia pada tahun lepas, kita hampir berjaya melawan virus ini. Negara kita pernah mencatatkan 0 kes baru, tetapi gelombang peningkatan kes bermula selepas pilihanraya di negeri Sabah diadakan.

Semakin hari semakin banyak kes dan kes tertinggi setakat ini telah mencecah 5000 dan lebih kes baru dalam sehari. Buat masa sekarang jika kita berurusan di luar kita tidak lagi boleh mempercayai status kesihatan mereka. Sebagai langkah selamat jangan keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Patuh segala SOP yang telah di gariskan jika terpaksa keluar.

Kami menghubungi FB Encik Zick, beliau salah seorang pesakit covid-19 yang telah sembuh. Beliau berkongsi kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati ketika berurusan di luar. Patuh segala urusan dan jangan tinggal doa agar dijauhkan dari sesuatu yang tidak diingini.

Bermula dengan rasa tidak selesa dengan keadaan kesihatan, beliau mengambil langkah untuk melakukan ‘swap test’ dan hasil ujian yang beliau ambil ialah positif. Langkah yang betul di ambil oleh beliau dapat menyelamatkan ramai orang patut di puji.

Menurut beliau, sepanjang berurusan di luar beliau tidak ada melakukan sentuhan dengan sesiapa, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak ketika bersemuka dengan orang lain. Beliau berkata ramai yang positif dan tidak bergejala di luar sana.

Komen Encik Zick di hantaran dari Berita Harian

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com