www.kelateku.com

Pelepasan Cukai (Tax Relief)

Rakyat Malaysia wajib membayar cukai  pendapatan setiap tahun, jadi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan beberapa senarai pelepasan cukai pendapatan tahun. Cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan anda setiap tahun daripada gaji, elaun, faedah, komisen, dividen, sewa, royalti, dan pendapatan daripada perniagaan. Namun, setiap individu yang perlu membayar cukai pendapatan setiap tahun berpeluang menerima pelepasan cukai. Berikut merupakan senarai pelepasan cukai pendapatan yang telah dikeluarkan oleh pihak LHDN.

1.Individu dan Saudara Tanggungan

  • Bagi kategori individu dan saudara kandungan, pelepasan cukai dalam kategori ini akan diberikan secara automatik. Jumlah pelepasan yang diberikan terhad RM9,000 sahaja.

2.Perbelanjaan bagi penjagaan ibubapa

  • Bagi individu yang masih mempunyai ibu dan bapa, anda boleh memohon pelepasan cukai. Tetapi jika ibu bapa tiri tidak dapat pelepasan cukai ini. Pelepasan cukai ini pula mempunyai 2 kategori iaitu penjagaan ibu bapa yang memerlukan perbelanjaan rawatan perubatan atau rawatan khas dan untuk penjagaan ibu bapa sahaja. Bagi penjagaan ibu bapa yang memerlukan perbelanjaan rawatan perubatan atau rawatan khas dapat pelepasan cukai RM5,000. Untuk penjagaan ibu bapa ia terhad RM3,000 iaitu RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa.

3.Peralatan sokongan asas untuk diri, pasangan, anak atau ibu bapa yang kurang upaya.

  • Bagi kategori ini anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sebanyak RM6,000. Individu juga boleh menuntut pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi mesti berdaftar dan disahkan sebagai OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

4.Individu OKU

  • Bagi individu yang telah berdaftar dan telah disahkan oleh JKM sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), mereka layak menuntut pelepasan cukai tambahan sebanyak RM6,000. 

5.Yuran pengajian

  • Bagi indvidu yang sedang mengikuti pengajian peringkat tinggi sama ada di universiti, kolej, institusi, atau sebagainya, anda juga layak menerima pelepasan cukai sehingga RM7,000. Tetapi pelepasan cukai dalam kategori ini hanya layak kepada yang selain ijazah di peringkat sarjana atau kedoktoran dan ijazah di peringkat sarjana atau doktor falsafah. Pastikan Institusi pengajian tinggi tersebut mestilah diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

6.Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius bagi diri, pasangan atau anak

  • Individu boleh menuntut pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan penyakit sukar diubati atau serius sama ada penyakit tersebut dihidapi oleh diri sendiri, pasangan, atau anak. Pelepasan bagi kategori ini adalah sehingga RM6,000. Individu perlu menyimpan semua resit rawatan perubatan dan surat perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) bagi tujuan rekod dan dokumentasi.

7.Perbelanjaan perubatan untuk rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan

  • Boleh mendapatkan pelepasan cukai sebanyak RM6,000 bagi kategori ini.

8.Pemeriksaan perubatan lengkap

  • Individu yang melakukan pemeriksaan perubatan penuh sama ada untuk diri sendiri, pasangan, atau anak-anak layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM500. Jumlah keseluruhan pelepasan cukai bagi kategori ini mestilah tidak melebihi RM6,000.

9.Perbelanjaan Gaya Hidup

  • Individu juga boleh memohon pelepasan cukai untuk perbelanjaan gaya hidup bagi manfaat sendiri, suami, atau isteri serta anak-anak. Bagi kategori ini, pelepasan cukai yang layak dituntut adalah sehingga RM2,500. Perbelanjaan gaya hidup yang dibenarkan untuk menerima pelepasan cukai ialah pembelian buku / jurnal / majalah / akhbar bercetak / penerbitan lain yang serupa yang tidak diharamkan, pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet yang bukan untuk kegunaan perniagaan, pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan yang ditentukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dan pembayaran keahlian gym, pembayaran bil bulanan untuk langganan internet di bawah nama sendiri.

10.Pembeliaan peralatan penyusuan ibu

  • Bagi ibu yang ingin membeli peralatan penyusuan, anda juga layak menerima pelepasan cukai dalam kategori ini. Pembelian peralatan penyusuan hanya dibenarkan bagi kegunaan penyusuan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah sahaja. Pelepasan cukai yang diberikan dalam kategori ini adalah sehingga RM1,000 dan hanya dibenarkan sekali dalam 2 tahun sahaja.

11.Bayaran penjagaan anak

  • Individu yang mempunyai anak berumur 6 tahun dan kebawah layak mendapat pengecualian cukai bagi yuran penghantaran anak mereka ke taska dan taman asuhan kanak-kanak. Individu yang berkenaan layak menerima pelepasan cukai adalah sehingga RM3,000. Tuntutan pelepasan cukai ini boleh dituntut sama ada suami atau isteri jika taksiran suami dan isteri dibuat secara berasingan.

12.Tabung bersih dalam Skim SSPN

  • Individu yang mempunyai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh menuntut pelepasan cukai terhad RM8,000. Pelepasan cukai ini adalah melibatkan tabungan bersih pada tahun sebelum ini iaitu jumlah simpanan yang ditolak dengan jumlah pengeluaran.

13.Bayaran kepada pasangan atau bayaran alimoni terhadapa bekas isteri

  • Bagi kategori ini cukai pelepasan terhad RM4,000.

14.Suami atau isteri kurang upaya

  • Bagi individu yang mempunyai suami atau isteri OKU, mereka boleh menuntut pelepasan cukai sebanyak RM3,500. Suami atau isteri OKU terbabit mestilah diiktiraf dan berdaftar dengan JKM.

15.Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun

  • Bagi individu yang mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, mereka layak memohon pelepasan cukai dalam kategori ini. Pelepasan cukai yang dibenarkan bagi individu terbabit adalah sebanyak RM2,000 seorang.

16.Anak yang belum berkahwin berumur 18 tahun ke atas yang mendapat pendidikan sepenuh masa

  • Ibu atau bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 18 tahun ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa layak pada tahun taksiran menerima pelepasan cukai.Pendidikan sepenuh masa tersebut merangkumi mereka yang sedang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, A-Level, sijil kemahiran, persediaan atau pra-ijazah. Bagi kategori ini, ibu atau bapa terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM2,000 bagi seorang anak.

17.Anak yang belum berkahwin berumur 18 tahun ke atas

  • Dalam kategori ini, anak tersebut mestilah menerima pendidikan lanjutan di Malaysia berkenaan dengan penganugerahan diploma atau lebih tinggi (tidak termasuk kursus matrikulasi / persediaan), menerima pendidikan lanjutan di luar Malaysia berkenaan dengan penganugerahan ijazah atau setaraf dengannya (termasuk Sarjana atau Doktor Falsafah), dan arahan dan pertubuhan pendidikan hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan untuk layan mendapatkan pelepasan cukai RM8,000.

18.Anak kurang upaya

  • Bagi ibu atau bapa yang mempunyai anak OKU yang masih belum berkahwin, maka ibu atau bapa terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM6,000. Selain itu, mereka juga layak pengecualian tambahan untuk kanak-kanak kurang upaya RM8,000 yang berumur 18 tahun ke atas, tidak berkahwin dan melanjutkan diploma atau kelayakan di atas di Malaysia / ijazah sarjana muda atau ke atas di luar Malaysia dalam program dan di Institut Pengajian Tinggi yang diakreditasi oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

19.Insurans atau Takaful Nyawa dan KWSP tidak termasuk melalui potongan gaji

  • Individu yang membayar insurans atau takaful nyawa dan KWSP tidak termasuk melalui potongan gaji layak menerima pelepasan cukai. Kategori penjawat awam berpencen yang pelepasan premium cukai insurans atau sumbangan takaful nyawa adalah sehingga RM7,000. Manakala bagi Kategori selain penjawat awam berpencen yang pelepasan premium insurans nyawa adalah terhad sehingga RM3,000. Pelepasan caruman KWSP atau skim yang diluluskan pula terhad kepada RM4,000.

20.Skim Anuiti dan Persaraan Swasta (PRS)

  • Bagi individu yang membuat caruman ke dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti atau membuat bayaran premium ke dalam Skim Anuiti Tertunda, individu terbabit layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM3,000.

21.Insurans pendidikan dan perubatan

  • Dalam kategori ini, individu tersebut boleh mengemukakan tuntutan pelepasan cukai sehingga RM3,000 sama ada bayaran insurans tersebut untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak.

22.Caruman PERKESO

  • Individu yang telah mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) layak menerima pelepasan cukai sebanyak RM250.

Marilah kita sama-sama menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com