www.kelateku.com

Nokia Comeback Dengan Pelbagai Model Smartphome Terkini

Berita gembira untuk pengguna setia telefon bimbit Nokia. Nokia akan melancarkan model telefon bimbit baharu yang mana disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah.

Ia dikumpulkan dalam 3 kumpulan, model ‘C’ untuk harga paling rendah, model ‘G’ untuk pertengahan dan ‘X’ untuk paling premium. HMD Global, pemilik jenama telefon bimbit Nokia ini turut mengekori trend Apple dan Samsung yang mana tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.

Nokia yang sebelum ini menduduki takhta pembuat telefon No.1 dunia, menjual bahagian telefon bimbitnya kepada Microsoft pada 2014.

HMD Global kemudian mendapatkan hak mengeluarkan telefon bimbit dengan jenama Nokia pada 2016. Kesemua telefon model baharu ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700).

Telefon bimbit ini akan mula dijual pada Mei tahun ini di pasaran terpilih serata dunia.

Sumber : Astro Awani

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com