www.kelateku.com

Negara Paling Lama dan Paling Singkat Berpuasa

Berpuasa merupakan satu ibadah orang Islam yang memerlukan Muslim menahan diri daripada makan dan minum. Cara untuk melakukan ibadah puasa sebenarnya sama saja di mana – mana di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, tempoh berpuasa pula akan berbeza mengikut kedudukan geografi dan jarak kedudukan dengan garis waktu. Akan wujud banyak perbezaan pada tempoh ibadah ini perlu dilaksanakan berdasarkan di mana dia berada, kerana ibadah berpuasa bermula pada detik bermulanya sinar fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Ibadah puasa merupakan amalan wajib bagi seluruh umat Islam di bulan Ramadhan melaksanakan ibadah puasa meskipun di musim pandemik Covid-19.

Inilah daftar negara-negara dengan waktu puasa tersingkat serta waktu puasa terpanjang di dunia. Di beberapa benua, ada negara yang waktu puasanya hanya 11,5 jam. Namun, ada pula yang waktu berpuasanya sampai 20 jam.

Antara negara yang akan berpuasa dalam tempoh yang paling singkat ialah negara Argentina, New Zealand, Australia, Chile dan Brazil.

Manakala, negara yang akan berpuasa dalam tempoh yang paling lama ialah negara Iceland, Norway, Rusia, Denmark dan Belanda. 

Oleh itu, kecondongan paksi bumi yang mengubah kedudukan matahari di langit menyebabkan berlainan waktu dalam hari di bahagian yang berlainan di dunia.

Pada bulan-bulan musim panas, waktu antara matahari terbit dan terbenam lebih lama. Ini memanjangkan masa yang diperlukan umat Islam untuk berpuasa. Manakala pada musim sejuk pula, umat Islam menikmati iftar yang sedikit lebih pendek.

Sumber: Namri Sidek

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com