www.kelateku.com

Kitar Semula Minyak Masak Dapat Duit?

Sejak memperkenalkan program belian semula minyak masak terpakai pada tahun 2014, DRB-Hicom Environmental Service (DHES), anak syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) telah berjaya mengutip sebanyak 500 tan minyak masak terpakai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, YBhg. Dato. Hj. Mohd Zain bin Hj. Hassan, hasil daripada kesedaran orang ramai terhadap kelestarian alam sekitar dan janaan pendapatan melalui ganjaran tunai hasil daripada penjualan minyak masak terpakai iaitu RM1.10 sekilogram, jumlah kutipan pada tahun ini sahaja (Januari-Ogos 2019), telah mencecah 90 tan melalui penjualan di Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula (Buy Back Centredan 3R ON WHEELS (3ROW).

“Bermula tahun ini, Alam Flora dan DHES, giat menjalankan program-program kesedaran awam melalui kaedah roving bersama-sama 3ROW, yang bukan sahaja mempromosi dan membeli semula minyak masak terpakai. Malah 3ROW juga membeli semula semua jenis bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin aluminium dan juga e-waste,” jelas Dato. Mohd Zain Hassan.

Kredit: Ikhwan Nazri (Twitter)

[Via: Alamflora, Kelateku]

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com