www.kelateku.com

Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai. Pasti Makan Nasi berpinggan-pinggan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 1 batang serai.
  • 1 biji bawang besar potong dadu.
  • 3 ulas bawang putih cincang halus.
  • 1 inci halia cincang halus.
  • 1 biji cili merah.
  • 3 biji cili api.
  • 1/2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 potong nenas.
  • 4 helai daun limau purut.
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan.

BAHAN SOS:

  • 3 sudu besar cili kering.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu sos ikan.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula lumur ikan dengan garam, kemudian bedakkan dengan tepung jagung supaya ikan lebih rangup.

2. Goreng ikan…pastikan minyak betul-betul panas.

3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali lain dan tumis bawang putih, halia, serai, dan bawang merah.

4. Masukkan cili besar dan cili api ikut citarasa anda. Jika ingin pedas letak banyak cili api.

5. Masukkan 3 sudu cili kering sekejap sahaja agar ia masak.

6. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram…kacau sampai pecah minyak.

7. Letak 1 cawan air…apabila kuah dah pekat letak sos ikan. Jangan lupa letak daun limau purut dan timun yang telah dipotong halus supaya kuah makin sedap.

8. Apabila kuah dah nak masak, letak tomato dan nenas.

9. Tuang ke ikan yang telah siap digoreng tadih.

Siap! Sangat menggiurkan untuk dihidangkan berbuka puasa. Dijamin pasti akan tambah nasi berpinggan-pinggan,

Kredit: Liza Idris

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com