www.kelateku.com

Gunung Stong

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai ‘Gunung Stong’, terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan, Malaysia . Walau berada di jajahan kuala krai, ianya hampir dengan bandar Gua Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar.

Gunung Setong juga berada di jajaran Banjaran Titiwangsa. Gunung Setong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat gunung, iaitu gunung Basor, gunung Anak Noring, gunung Chamat dan gunung Setong. Di situ juga terdapat harimau iaitu haiwan yang dilindungi di Malaysia.

Terima kasih terus promosi tempat menarik di Kelantan. Terima kasih kerana sudi menggayakan Jersi Batik Kelateku, di Puncak Gunong Stong. Untuk pengetahuan ramai kita di Kelantan ada satu kelab yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti sihat dan kelab ini sedang membuka penyertaan ahli kepada mereka yang berminat. Boleh hubungi Kelab Media Digital dan Eksplorasi Kelantan K-DmeC
untuk maklumat lanjut.

[Via: kelateku]

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com