www.kelateku.com

Enam tahun pemergian Allayarham Tok Guru Nik Abdul Aziz

Jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 kita semua menerima perkhabaran yang menyedihkan. Allayarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka. Pemergian beliau ketika itu di sahkan oleh Pakar Neurologi HUSM

Sejurus tersebar berita pemergian Allayarham Tok Guru Nik Abdul Aziz. Ramai orang dari seluruh pelusuk tanah air telah mula bergerak ke Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir, beberapa jalan untuk ke Masjid Tok Guru Pulau Melaka telah ditutup kepada kenderaan.

Jemaah solat Subuh ketika itu melimpah hingga ke luar masjid. Suasana yang sayu di iringin pula bunyi esakan beberapa jemaah yang kesedihan. Selepas solat ada jemaah yang membacakan Al-Quran mereka tidak berganjak hingga ke waktu solat jenazah.

Pada pukul 10.17 pagi, jenazah Tok Guru Nik Abdul Aziz dibawa keluar di iringi laungan takbir untuk di bawa ke tanah perkuburan. Jenazah di usung oleh anak-anak beliau dan saudara terdekat. Pemergian beliau di rasai seluruh pengikut dan seluruh rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia serta dunia yang mengenali beliau.

Jenazah Allayarham Tok Guru selamat dikebumikan sekitar jam 10.45 pagi bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan Pulau Melaka Kota Bharu Kelantan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya sentiasa tenang di bawah perlindungan Allah dan ditempatkan bersama-sama hamba-hambaNya yang soleh. Amin.

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com