www.kelateku.com

Destinasi yang Wajib Dilawati Bila Tiba di Kota Bharu

Lukisan mural di setiap tempat mempunyai cerita yang tersendiri dan nilai yang cuba di ketengahkan oleh pelukis mural tersebut. Di Kota Bharu sebelum ini ada lorong yang dulunya sepi nian di ubah wajah menjadi lorong yang ceria dengan diletakkan lukisan mural 3D yang membuat sesiapa yang sampai ke sini akan mengambil gambar untuk kenang-kenangan.  Hampir setiap hari akan ada pengunjung yang berkunjung ke sini dan setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah kehadiran pengungjung bertambah ramai.

Kerbau merupakan ‘teman akrab’ pesawah dalam membantu aktiviti di bendang.

Terbaru di Kota Bharu satu sudut di laluan ada satu lukisan mural 3D gergasi yang memaparkan panorama Kelantan bermula dari tempat tinggi di hulu Kelantan seterusnya melalui delta Kelantan dan berakhir dengan aktiviti bagi mereka yang turun ke laut. Tempat ini dinamakan sebagai Laluan Seni & Budaya.

Gambar lukisan nelayan menjahit pukat apabila tidak turun ke laut.

Lukisan ini di karya oleh 10 orang pelukis dari Persatuan Pelukis Kelantan (PESENI). Persatuan ini telah tertubuh lebih dari 40 tahun. Para pelukis ini mengambil masa hampir sebulan untuk menyiapkan lukisan untuk fasa pertama. Untuk fasa ini para pemimipin rakyat dan mereka yang terkenal dengan ikonik Kelantan turut menghiasi dinding karya hebat di Kota Bharu. Kami berterima kasih kepada Yang Di Pertua Persatuan Pelukis Kelantan kerana sudi berkongsi maklumat tentang lukisan mural di Kota Bharu.

Aktiviti ini akan dapat di lihat apabila tiba musim menuai.

Menurut Tuan Ismail Bin Kadir iaitu Yang Di Pertua Persatuan Pelukis Kelantan fasa kedua nanti akan ada lukisan tentang permainan tradisional rakyat Kelantan & kemahiran seni kraftangan yang di iktiraf antara yang bermutu di dalam & luar negara.

‘Lukisan alam’ di tinggalkan dan di bingkaikan agar dapat melihat keadaan dinding asal sebelum ada lukisan mural 3D.
Lukisan 3D ikon sedang melihat ke luar jendela
Lukisan 3D ikon sedang mengayuh beca.
Lukisan 3D pemimpin negeri yang sedang minum kopi
Lukisan 3D ikon ushawan yang sedang menjual nasi kerabu.
Gambar ikon sedang menjual buah-buahan.

Rakyat Kelantan boleh berbangga dengan tarikan terbaru ini, oleh itu marilah sama-sama kita membantu menaikkan imej Kelantan dan merancakkan industri pelancongan di negeri kita. Kami kongsikan beberapa keping gambar di Laluan Seni & Budaya. Kami di Kelateku akan maklum bila dibuka secara rasmi nanti.

Kongsikan kepada rakan-rakan dan kepada mereka diluar semoga kita termasuk dalam orang yang citakan negeri betuah ini.

Lokasi Laluan Seni & Budaya terletak di Jalan Dato Pati Kota Bharu.

#bersamatolongkelantan #kelateku

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com