www.kelateku.com

CARA UNIK TARIK PELANGGAN MENGGUNAKAN TIUPAN TANDUK LEMBU

Mohd Rofie Ismail atau lebih di kenali sebagai Abang Shapie berasal dari Pulau Beluru, berumur  53 tahun menjalankan perniagaan menjaja makanan dengan menggunakan bot mengelilingi pulau. Pekerjaan beliau ini telah di warisi dari arwah ayah beliau.

Orang kampong di sekitar pulau-pulau di delta Sungai Kelantan akan setia menunggu Abang Shapie yang akan berkunjung di setiap ‘kalley’ pengkalan atau jeti yang di sediakan di setiap pulau.

Antara pulau yang di kunjungi oleh Abang Shapie ialah Pulau Teluk Renjuna, Pulau Seratus, Pulau Hj Nik Mat, Pulau Tongkan, Pulau Beluru dan pulau-pulau yang lain di sekitarnya.

Keunikan yang digunakan oleh Abang Shapie ialah beliau akan meniup tanduk lembu apabila sampai di setiap jeti untuk memberitahu bahawa beliau telah sampai untuk menjalankan perniagaan di situ. Orang kampung akan ke jeti di tempat mereka untuk mendapatkan barang jualan Abang Shapie.

Ini adalah satu keunikan yang pasti di cari oleh pelancong apabila ke Delta Sungai Kelantan.

Amran Rahman

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com