www.kelateku.com

Cara Sediakan Homemade Pes Serbaguna. Jimat Masa Dan Cepat Masak

Kami ingin berkongsi 4 jenis resipi pes ‘homemade’ yang membantu anda menyediakan juadah makanan. Lagi-lagi di bulan puasa…pes ini dapat membuatkan masakan anda menjadi lebih mudah, cepat, dan lazat.

PES BAWANG PUTIH

1. Mula-mula basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3

2. Kemudian tumis dalam minyak banyak, agak-agak bawang yang dikisar itu tergelam. Minyak yang digunakan berfungsi sebagai pengawet agar bawang tersebut tahan lama dan juga memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.

3. Guna api yang kuat masa mula-mula masukkan kemudian dalam 10 saat tukar kepada api sederhana kuat. Pastikan selalu kacau supaya tidak hangus. Apabila bawang sudah sekata ia akan mengeluarkan aroma dan mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.

4. Simpan dalam bekas yang mudah dibuka kemudian letak dalam peti sejuk (tak perlu beku). Bila anda ingin memasak senduk sahaja pes tersebut guna sudu dan simpan kembali.

PES IBU SAMBAL

Bahan-bahan & Cara-cara :
  • Cili kering kisar sampai halus.
  • Bawang besar sedikit (1/5 dari jumlah cili)
  • Tumis dalam api besar.
  • Bunyi desiran dah kurang, kacau dan perlahankan api.
  • Bila dah pecah minyak, aduk sekejap. Bagi pecah 3 kali.
  • Tambah asam keping.
  • Bila asam keping masak sikit tutup api.

Siap…semoga pes ibu sambal dapat membantu para ibu di dapur.

PES BAWANG MERAH

Bahan-bahan & Cara-cara :

1. Masukkan bawang ke dalam api panas dan terus perlahankan api apabila wap sudah naik.

2. Kacau sehingga warna bawang berubah pucat sebelum bertukar coklat.

3. Pastikan minyak separuh dari bawang tersebut. 

PES BUNGA KANTAN DAN PES HALIA

Bahan-bahan & Cara-cara :
1. Blend kasar-kasar sikit. 2. Kemudian tumis sekejap, jangan sampai hangus. 3. Minyak akan ada bau bila 2 bahan ini sudah larut.

Harap pes ini dapat membantu anda di bulan puasa. Senang anda nak siapkan sahur dan berbuka hanya perlu masukkan pes ini sahaja.

 

Sumber : Khabab Jamalludin

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com