www.kelateku.com

Bunga Reflesia di Jeram Mengaji Selising

Bukan di Lojing,Gua Musang tetapi Jeram Mengaji, Selising. Tahun lepas saya hiking bersama dengan anak muda @Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Puteh bunga pakma atau reflesia ini belum berkembang lagi. Seingat saya ada lebih kurang 5 kuntum bunga.

Hari ini mendapat kiriman gambar bunga sudah mula berkembang. Difahamkan hanya seminggu dapat bertahan. Ini salah satu khazanah alam yang ada di Selising.

Seruan saya hargai dan peliharalah khazanah alam yang dianugerahi tuhan ini sebagai nikmat kepada kita bersama. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;

“…(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.” (Surah Ali-Imran : 191).

Ustaz Hj Tuan Mohd Saripudin
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com