www.kelateku.com

Tips jika Nasi Lembik

Sukatan air sangat penting jika ingin masak nasi. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Jika nasi yang dimasak keras tak ada masalah sebab masih boleh ditambah air dan masak semula. Tapi kalau nasi lembik nak buat nasi goreng pun tak sedap sebab nasi terlalu lembik. Jadi di sini akan dikongsikan 2 teknik mudah untuk keraskan dan gebukan kembali nasi yang lembik.

TEKNIK 1: GUNA TELUR

Cara-cara:

1. Cuci telur bersih-bersih dulu.
2. Buka periuk nasi dan masukkan 1-2 biji telur ke dalam nasi lembik.
3. Kemudian tutup periuk dan biarkan seketika lebih kurang 10-15 minit (jangan tutup elektrik…biarkan mod periuk dalam keep warm).
4. Siap! Nasi anda kembali gebu kerana air lebihan sudah diserap oleh telur.

TEKNIK 2: GUNA ROTI

Cara-cara

1. Letak dua atau tiga keping roti atas permukaan nasi lembik (kalau nasi yang dimasak banyak letak banyak keping roti).
2. Tutup semula periuk dan biarkan periuk dalam mod keep warm lebih kurang 15-20 minit.
3. Bila nasi dah jadi lembut dan gebu boleh keluarkan roti.

Teknik ini sangat berkesan dan sudah ramai yang telah mencuba. Semoga perkongsiaan ini dapat membantu anda.

Kredit: Ilham resipi

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com