www.kelateku.com

Boba Traditional Sentiasa Menawan Di Hati dan Paling Sedap

'BOBA KAMPUNG’ RESEPI THAI DESSERT

Bahan-bahan untuk boba:
  • 1 cawan Tepung ubi kayu
  • Air panas mendidih
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Pewarna
Bahan-bahan untuk kuah:
  • Santan
  • Gula
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sagu
  • Jagung
Cara-cara:

1. Sediakan air panas yang menggelegak. Masukkan air panas sedikit demi sedikit kedalam bahan boba yang telah disatukan. Uli hingga menjadi doh.

**Tips: masukkan air panas sikit lepas tu uli, pastu masukkan lagi sikit-sikit selang seli macam tu. Kalau air banyak sekaligus doh akan jadi melekit macam gam nanti.

2. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna kesukaan dan bentukkan guna acuan kuih siput. Rebus dalam air menggelegak. Apabila tos sudah terapung, masukkan dalam ais supaya tidak melekat-lekat.

3. Dalam periuk masukkan air, gula, garam dan daun pandan. Kemudian masukkan santan. Bila menggelegak sikit masukkan sagu dan jagung.

4. Toskan doh biji boba tadi dan masukkan dalam kuah santan.

Boba juga di makan masa panas, tapi paling best bila ditambah ais. Enak makan sejuk-sejuk dimusim panas.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Che Dayang Zulaiha

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com