www.kelateku.com

BANTUAN KHAS COVID-19 BAGI TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2.0

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI BESAR KELANTAN

BANTUAN KHAS COVID-19 BAGI TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 2.0

Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memantau rapi perkembangan dan kesan penularan wabak Covid-19 diseluruh negeri Kelantan. Sehingga saat ini, negeri Kelantan belum bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 dan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Khas Negeri telah mengambil pelbagai usaha dan langkah proaktif secara bersepadu untuk membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 diseluruh negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Pakej Bantuan Khas Berkala demi kesejahteraan rakyat.

1. Bantuan Keperluan Asas Makanan: Peruntukan sebanyak RM 1.8 Juta atau RM 40 Ribu bagi setiap DUN bagi rakyat yang terkesan melalui 45 Pusat Khidmat DUN.

2. Insentif Tunai Peniaga Kecil Dan Penjaja Kecil: Peruntukan sebanyak RM 1.125 Juta atau RM 25 Ribu kepada peniaga kecil dan penjaja kecil yang layak bagi setiap DUN melalui Pusat Khidmat DUN (PKD).

Dato’ Bentara Kanan

Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin YakobMenteri Besar Kelantan

Bertarikh: 20 Jamadil Akhir 1442H / 02 Februari 2021M

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on linkedin
LinkedIn

www.kelateku.com